Isnin, 26 November 2012

Cuka Epal - Pelbagai Kegunaan dan Khasiat Kesihatan



"An apple a day, keeps the doctor away"

Cuka Epal, Apple Cider Vinegar (ACV) telah digunakan sejak berabad lama sebagai makanan kesihatan dan juga tonik tenaga.

Cuka Epal adalah produk semulajadi, yang terhasil daripada proses fermentasi atau penapaian jus epal diikuti oleh penapaian kedua kepada cuka epal. Produk semulajadiini mengekalkan semua khasiat epal dari mana ia telah dibuat, ditambah dengandiperkayakan dengan asid dan enzim tambahan yang terjadi semasa kedua-dua langkahpenapaian.

Cuka epal yang baik datang dari buah epal yang ditanam secara organik, tidak menggunakan sebarang bahan kimia dan pengawet, iaitu yang mengandungi 'mother of vinegar' atau 'ibu cuka', dan tidak dipasteur. Ibu cuka ialah bahan semulajadi gelatinyang terbentuk semasa langkah penapaian yang lalu. (Sedak2 yang you all nampak dalam Cuka Epal Sohra tu lah ibu cuka dia).

Banyank studies tentang benefit cuka epal dan keberkesanannya dan banyak juga buku-buku diterbitkan antaranya Apple Cider Vinegar - Miracle Health System, di tulis oleh Patricia Bragg. Selain dari manfaat kesihatan, jom kita baca pelbagai lagi kegunaan ACV ni. It's unbelievable!!!


KEGUNAAN DI DAPUR


Cuka epal adalah bahan memasak yang menakjubkan dan serba boleh. Ia dapatmenambah rasa masam pada minuman dan 'deepen' the taste pada pelbagai makanan.Cuka adalah bahan utama dalam kebanyakan perasa, contohnya pada mayonis dan sos tomato.

Pembilas Buah dan Sayuran
Buah dan sayuran zaman kini ditanam dengan menggunakan pelbagai baja kimia dan bahan kimia bagi mengelak serangga perosak. Apabila membersihkan buah dan sayuran, rendamkan di dalam air dicampurkan dengan 1 atau 2 sudu cuka epal bagi membantu mengeluarkan sisa kimia dan serangga.

Roti dan Kek
Cuka epal digunakan untuk menggantikan serbuk penaik (baking soda) dan menggebukan roti dan kek.

Pengganti Buttermilk
Kehabisan Buttermilk? Jangan risau sebab boleh buat sendiri dengan hanya menambah1 sudu cuka epal bersama 1 cawan susu segar atau tin sejat dan biarkan mixture tersebutselama 10 minit atau sehingga tebal. Siap dan boleh digunakan kalau nak buat pancake. Mat salleh banyak guna this buttermilk untuk buat pancake dan dessert. So kita Malaysian boleh buat lempeng la.

Telur
Kadang2 bila kita rebus telur, mesti ada kulitnya retak2 dan nampak isi telur putih terkeluar kan? To prevent this to happen, campurkan sedikit cuka epal pada air rebusan semasa merebus telur. Jika korang kehabisan telur masa baking cake, boleh gantikan dengan cuka epal. 1 sudu cuka epal bersamaan dengan sebiji telur.

Menggebukan Nasi
Nak menggebukan nasi? Hanya tambah sesudu kecil cuka epal semasa memasak nasi.

Pasta
Semasa merebus pasta, biasanya kita letak sedikit minyak dan garam kan? Apa kata kita kurangkan penggunaan garam dalam masakan dengan menggantikannya dengan cuka epal. Minyak pun tak perlu letak sebab cuka epal bole prevent the pastas from sticking.


KECANTIKAN DAN KESIHATAN RAMBUT

Rambut ada bersifat sedikit berasid dan mempunyai pH yang ideal iaitu 4.5 ke 5.5, yanghampir dengan skala pH bilasan cuka epal iaitu pH 2.9.

Sebaliknya, kebanyakan produk penjagaan rambut yang kita gunakan, seperti shampu berasaskan sabun, peluntur, warna rambut adalah sangat tinggi alkali.

Membilas rambut dengan cuka epal akan membantu mengimbangkan pH rambut andadan menyingkirkan buildup atau keladak penompokan pada kulit kepala yang diakibatkan daripada penggunaan produk dandanan dan syampu biasa.

Bilasan cuka epal juga akan menutup banyak sisik kutikel yang menutup dan melindungipermukaan setiap batang rambut dan menjadikan rambut lebih sihat dan bersinar gitu!

Bahan untuk pembilas rambut:


1 sudu besar cuka epal


250ml air suam dari filtered water


Selepas rambut di shampu bersih, bilas dengan bilasan cuka epal kemudian bilas bersih dengan air. Untuk extra conditioning, boleh biarkan beberapa minit sebelum dibilas bersih. Gunakan once or twice a week atau bila-bila diperlukan kerana cuka epal adalah produk natural dan tidak akan menyebabkan kesan negatif.


Mengatasi Masalah Kelemumur dan Kegatalan Kulit Kepala
Asid dan enzim dalam ACV boleh membunuh 'bottle bacillus', bakteria yangmerupakan salah satu punca kepada pelbagai masalah kulit kepala seperti kelemumur, kegatalan, rambut gugur dan juga kebotakan. Bakteria ini menyumbat folikel rambutdan mewujudkan 'flakes' serta kegatalan.

Bagi rawatan di rumah yang mudah untuk kelemumur dan kegatalan kulit kepala,sapukan terus cuka epal pada kulit kepala, gosokkan, dan biarkan setengah jam hingga satu jam sebelum dibilas bersih.

Masalah Kutu
Bilasan cuka epal ini juga boleh mengatasi masalah kutu di kepala (eeeuuwwww!!!). Untuk masalah kutu, lumurkan rambut dengan minyak zaitun dengan sedikit campuran minyak lavender terlebih dahulu. Cover dengan shower cap untuk 5 jam. Fungsinya untuk menutup 'breathing pores' kutu dan kutu akan mati selepas 4 jam jika tidak dapat bernafas.

Kemudian, diikuti dengan bilasan cuka epal (1 sudu cuka epal bersama 250ml air). Then, gunakan sikat kutu untuk membuang kutu dan telurnya. Setelah itu rabut di shampu dan dibilas bersih.

Kalau nak senang, lumurkan sebelum tidur dan continue next step sejurus bangun pagi on weekend ye.

Sumber rujukan: http://www.apple-cider-vinegar-benefits.com/

1 ulasan:

  1. I like your posting. Tercari cari alternatif kegunaan cuka epal kerana cuka epal saya mungkin sudah expired.

    BalasPadam