Jumaat, 30 November 2012

ETIKA BERPAKAIAN MENURUT PANDANGAN ISLAM



            Assalamu’alaikum wbt kepada semua sahabat-sahabat yang dirahmati Allah dan Allah mencintai kita semua. Pertama-tama sekali marilah kita menadah tangan untuk mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah swt, dengan Qudrat dan IradatNya kita masih lagi diberikan nafas yang cukup panjang untuk meneruskan kehidupan di atas dunia ini dan Allah tidak sekali-kali menghitung/kedekut dengan kita semua sebagai manusia (hamba Allah) walaupun kita kufur kepadaNya, Allah tetap Maha Pemurah dengan hamba-hambaNya. Subahanallah!!! Insya Allah kali ini saya nak membawa sidang pembaca sekalian untuk mengupas satu tajuk yang rasanya cukup penting bagi kita semua yang bergelar mahasiswa Islam menurut kaca mata Islam. Kali ini saya nak menyentuh berkenaan “Etika Berpakaian Menurut Pandangan Islam”. Kalau sebelum ini kita telah melihat sedikit sebanyak berkaitan hukum berhibur menurut Islam yang telah dikupas secara ringkas di dalam laman web PMIUTMKL.

Firman Allah swt bermaksud;

“…Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu….”(Surah al-Maa;idah:2)

“Dan sesungguhnya, antara mereka (ahli kitab itu) ada (Ketua-ketua agamanya) yang memutarkan lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian daripada Kitab Taurat padahal ia bukanlah daripada Kitab itu. Dan mereka pula berkata: “(Bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah”, padahal ia bukanlah daripada sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta)”. (Surah ali-Imran:78)

Berdasarkan ayat Allah swt dalam surah ali-Imaran telah menjelaskan kepada kita bahawa manusia sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi hawa nafsunya sekalipun mengadaikan agama dan maruah bangsanya. Ajaran Islam membentuk umatnya mengekang hawa nafsu sehingga ia terpimpin ke arah kebaikan, kesopanan dan kemuliaan.

Kita berbalik kepada intipati kandungan “Etika Berpakaian Menurut Islam”. Islam cukup indah dan cantik sekali sehinggakan adab-adab dalam berpakaian pun diterangkan kepada umatnya, bermula dari hukum harus sehinggalah hukum haram. Maha Adilnya Allah swt kepada hamba-hambaNya.
Sahabat-sahabat sekalian,



Melihat generasi muda hari ini yang masih lagi kurang faham/keliru berkenaan etika berpakaian yang dibenarkan dalam Islam dan dilarang dalam Islam. Amat malang sekali, mahasiswa yang diwar-warkan merupakan perintis perjuangan kepimpinan Negara masa akan datang menjadi rosak dan hancur akhlaknya disebabkan mereka sanggup memaksa diri untuk berpakaian yang tidak senonoh yang secara tidak langsung pemakaian yang dipakai merupakan tajaan dan agenda daripada Barat. Barat-Yahudi, bertepuk tangan dengan anak-anak melayu pada hari ini disebabkan mereka berjaya memikat hati anak muda untuk memakai pakaian yang melambangkan imej Barat-Yahudi. Saya mengambil contoh jenama yang merupakan jenama yang memuja atau tanda sokongan umat Islam terhadap Israel ialah LEVI’S. Prof Yusuff Al-Qardhawi pernah berkata “Barangsiapa yang membeli barangan tajaan Yahudi-Israel mahupun Barat maka dia telah membeli sebutir peluru untuk digunakan oleh rejim yahudi/barat membunuh umat Islam di Palestin,IraqSudan, Afghnistan dan sebagainya. Yang dimaksudkan dengan membeli barangan itu adalah dari segi makanan dan pakaian. Sanggupkah Kita Membunuh Saudara Kita??? Fikirkan bersama….

Sabda Nabi saw bermaksud;

“Dua golongan manusia yang termasuk ahli neraka dan aku belum pernah melihat sebelumnya iaitu: Kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi yang mereka pukulkan kepada orang-orang dan wanita yang memakai pakaian tapi bertelanjang yang berjalan lengggak-lenggok serta bergoyang-goyang kepalanya seperti kepala unta yang besar. Mereka ini tidak akan masuk syurga serta tidak akan mencium bau harumnya. Sesungguhnya bau harum syurga itu dapat tercium dari jarak perjalanan yang jauh”

Hadith di atas memberi ancaman kepada dua golongan tadi. Oleh yang demikian, yang dimaksud berpakaian tapi bertelanjang itu adalah memakai pakaian tidak menutup aurat. ‘Auzubillah Min Zaliq.

Islam telah pun menggariskan beberapa etika berpakaian bagi lelaki dan perempuan. Etika ini memenuhi batas-batas penutupan aurat sebagai seorang muslim  , Namun demikian Islam ini cukup mudah sehinggakan golongan Adam mahupun Hawa diberikan kelonggaran dari segi pemakaian, Pakailah apa sekalipun yang penting pakaian itu menutup aurat dan menggambarkan yang kita adalah seorang muslim. Di antara etikanya ialah;


Lelaki

-         Pakaian yang digunakan menutup aurat dari sempadan pusat sehingga lutut.
-         Pakailah pakaian yang terbaik dan indah mata memandang.
-         Dilarang sama sekali memakai pakaian yang melambangkan jenama Yahudi, Salib dan Barat. Hukumnya Haram.
Nabi saw bersabda;
“Sesungguhnya pakaian ini adalah pakaian orang-orang kafir, kerana itu janganlah memakainya”
-         Memakai jeans yang ketat adalah makruh bagi lelaki.
-         Dilarang menyerupai pakaian perempuan. Hukumnya Haram.
Nabi saw bersabda;
“Rasulullah memakai pakaian melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang lelaki”



Perempuan

-         Pakaian yang digunakan menutup aurat iaitu menutup seluruh bentuk badan kecuali pergelangan tangan dan muka. (Memakai stoking adalah wajib)
-         Pakailah pakaian yang indah dan tidak mencolok mata.
-         Memakai pakaian yang longgar dan tidak menarik perhatian.
-         Dilarang memakai jeans yang ketat melainkan di hadapan wanita suami sahaja. (Selain itu Hukumnya haram)
-         Dilarang sama sekali memakai pakaian yang melambangkan jenama Yahudi, Salib dan Barat. Hukumnya Haram.
Nabi saw bersabda;
“Sesungguhnya pakaian ini adalah pakaian orang-orang kafir, kerana itu janganlah memakainya”
-         Dilarang menyerupai pakaian perempuan. Hukumnya Haram.
Nabi saw bersabda;
“Rasulullah memakai pakaian melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang lelaki”

-         Dilarang memakai wangian yang menarik perhatian.
Nabi saw bersabda;
“Wanita yang memakai wangian yang menarik perhatian lelaki di khalayak, maka wanita itu adalah penzina”


Ini adalah serba sedikit syarat-syarat berpakaian ataupun boleh dipanggil sebagai etika berpakaian dalam Islam. Jikalau diikutkan mengikut pandangan ulama’ yang lain maka banyak syaratnya. Namun saya ingin mendedahkan secara asas dan umum berkenaan etika berpakaian ini supaya perkara ini dapat diambil perhatian kepada seluruh mahasiswa Islam. Maka oleh itu sedang pembaca sekalian, marilah kita muhassabah sebanyak yang mungkin terhadap diri kita dan cara pemakaian kita. Kerana ini adalah kewajiban suruhan langsung daripada Allah swt. Ingatlah bahawa kita ini akan mati dan disoal segala bentuk amalan kita semasa di dunia. Sebagai penutup kalam, saya hendak menghidangkan surah az-Zalzalah kepada sidang pembaca sekalian sebagai renungan kita bersama yang di mana bila saya mendengar/membaca surah ini maka menitislah air daripada mata seorang hamba.

Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya (cukup dahsyat), Dan bumi mengeluarkan beban-beban berat (isi kandungannya), Dan manusia bertanya; Mengapa bumi jadi begini (Apa sudah jadi ini)?, Pada hari itu bumi menceritakan beritanya, Kerana sesungguhnya Allah telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya, Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam ragam ,supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka, Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya Allah akan membalasnya, Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, maka Allah akan membalasnya” (Surah aZ-Zalzalah:1-8)

Waalahu’Alam

Ditulis oleh :
Akhi Mohd Airil Syah
Ketua Lajnah,
Penyelidikan Dan Pembangunan,
PMIUTMKL.


Rujukan

Syaikh ibn Utsaimin, Majmu’Darus Fatwa al-Haram al-Maliki.
Syaikh ibnu Utsaimin, Fatwa Mu’ashirah, hal 45.
Syaikh ibn Jibrin, Fatwa li al-Kanz ats-Tsamin, rangkuman Ali Abu Lauz.
Syaikh ibn Jibrin, Fatwa al-Mar’ah, hal 169-170.
Syaikh ibn Jibrin, Al-Lu’lu al-Makin, hal 90.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan