Ahad, 16 Disember 2012

CIRI-CIRI BURUK WANITA DI MATA LELAKI


Dari sudut pandangan seorang lelaki, apakah yang lelaki tidak suka pada perempuan?
Topik ini dikeluarkan selepas satu perdebatan antara jejaka-jejaka terpilih yang dibawa khas dari rumah yang berlainan mengenai perwatakan wanita yang tidak disukai oleh deme-deme ini. Seramai 8 responden telah dipilih dan ini adalah antara ciri-ciri yang majoriti daripada mereka tidak suka ada pada pada perempuan :


1) Gedik



- Kesemua 8 responden menyatakan tidak suka pada perempuan yang suka gedik-gedik. Walaubagaimanapun, 5 daripada 8 responden berpendapat, perempuan-perempuan yang bertaraf cun boleh lagi diterima kegedikan mereka tapi masih berbatas.


2) Busuk/Terlalu Wangi

- Kesemua responden bersetuju tidak sukakan perempuan yang busuk ataupun terlebih wangi. Maknanya nak kat sini, mereka mahukan perempuan yang serba sederhana. Wangi tak, busuk pun tak. Kalau busuk, yang cantik boleh jadi buruk. Kalau terlebih wangi, yang cantik boleh menyakitkan. Jadi, kepada perempuan di luar sana, kalau nak mengenakan minyak wangi sekalipun, jangan guna yang terlalu menyakitkan hidung. 


3) Selekeh

- 6 Responden bersetuju perempuan selekeh buruk di mata mereka. Selekeh dalam erti kata lain ialah tidak pandai bergaya ataupun memang tak pernah bergaya. Pemilihan tona-tona warna untuk digayakan penting kepada mereka ini. 2 daripada mereka tidak bersetuju kerana selekeh itu hanyalah luaran semata-mata, yang penting. Alhamdulillah. Jejaka Malaya Terakhir.


4) Berlagak
- 5 Responden amat menyampah dengan perempuan berlagak. Dengan nada kerasnya, mereka bersetuju. Tetapi, mungkin kerana responden yang dipilih ini tidak terlalu hensem membuatkan perempuan malas untuk melayan mereka. HAHA. Walaupun begitu, 3 lagi responden sukakan perempuan yang sombong kerana menganggap perempuan itu satu makhluk yang suci dan indah, sombong itu bukan tanda berlagak, tetapi pemalu. Betul ke?


5) Demand
- Kesemua mereka amatlah bersetuju perempuan yang demand patutlah dihindari. Perempuan yang demand ini dianggap kaki kikis duit PTPTN mereka. Di awal perkenalan, ajak makan aiskrim pun taknak. Tapi, bila dah kenal, ipad2 dimintaknya. 'Sorry to say, this type of girls is the real bitch' (google translator= error in grammar ) , kata seorang responden.


6) Mekap tebal

- 7 daripada 8 responden tidak sukakan perempuan yang suka mengenakan mekap tebal kerana mekap tebal ini dianggap menyembunyikan wajah sebenar si perempuan. Pada mereka, perempuan yang tidak mengenakan mekap atau mekap ala kadar adalah lebih cantik. Walaubagaimanapun, seorang responden diam. Mungkin makwenya suka mengenakan mekap tebal. HAHA


7) Bising
- Kesemua responden sebulat suara bersetuju perempuan bising mengAnnoyingkan. Mereka berpendapat, perempuan yang bising ini kurang kasih sayang ataupun mengalami masalah kecelaruan identiti yang menyebabkan mulutnya tidak boleh berhenti bercakap. Mereka lebih sukakan perempuan yang ayu dan pandai menjaga mulutnya.


8) Freehair
- 5 daripada 8 responden mengatakan tidak sukakan perempuan yang tidak bertudung. Pada pandangan mereka, perempuan freehair ini tidak pandai menjaga apa yang diberi pinjam oleh Allah kepadanya. Walaubagaimana pun, 3 lagi responden mengambil pendekatan positif yang mana mungkin perempuan freehair ini kurang pendedahan tentang agama dan masih lagi boleh dibentuk.


Ini adalah sedikit perbincangan yang telah dijalankan oleh jejaka-jejaka yang terpilih. Perbincangan yang tidak disengajakan bermula apabila salah seorang rakan membuka cerita mengenai kes buang bayi yang entah macam mana, ciri-ciri perempuan pula dibincangkan.


Walaubagaimanapun, ini adalah pendapat semata-mata, jika ada pendapat lain, boleh dikongsi bersama-sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan